LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

See More

.

Follow me....

Thursday, April 26, 2012

Creative Innovation [4 PIC]

Salam.... lama btoi x update blog ni..sejak dua menjak ni... agak sibuk dengan hal2 keduniaan realiti daripada dunia fantasi ini...hahahaha.... pe2 pun.. sy update yang mana dan je la k... kalau dalam bahasa baku yang mana sempat je...haa.. kadang2 owg bhgian bandaraya maju ni kurang paham dengan bahasa pendalaman ni...hihihi...so paham2 je la noh.... k...jom kita tengok la sedikit sal gambaq yang mencetus inspirasi dalam inovasi...hihihi...






Thanks For Watching :-)

Tuesday, February 28, 2012

UiTMPP : Course Registration & Academic Bill

Done. tutor ni khas untuk membantu mereka yang dalam kedaan tidak ketahuan dalam mendaftar course.

1st cm besa.... just tengok imej yg disediakan....

click image for enlargement
 ok login cm besa...


then pilih e-academic system seperti tertera diatas.

click image for enlargement
 then akan tertera pulak macam kt atas ni... next..

click image for enlargement
haaa... pilih yang mana?? klik ja kt ikon tu... ada tunjuk tgn tu saja... "click to open"

click image for enlargement
  pastu akan kuaq new tab/window then just klik "register new course"


click for enlargement
 ok...haaa...yg ni kena terangkan skit...

(1) pilih course hmpa tu... utk mandarin 1st pilih bahasa Arab dlu. then kat (2) pilih elective "BMD451" kalau pilih selain drpd tu xtaw nk kata la macam mana...then jgn tinggal cm tu ja... klik dlu kt (3) "click to display group for elective". ok then baru hampa pilih group (4) ikut suka hati hmpa la..tp better ikut cakap PM masing2. then dah settle smua klik kt (5) "register course". 
*untuk daftar koko  pilih Kesatria Negara dlu n if xmaw join Kesatria negara cari kt kotak (2) sama macam nk pilih mandarin tadi ja.


untuk check bil/yuran pengajian dll.

go back..here..
click for enlargement
dan pilih "View Academic Bill"

next

akan muncul benda ni and masukkan je no kad pelajar anda..

then..

klik je kt "Bil Pelajar"

 next akan keluar lah seperti ini...

 Pastu hmpa klik la kt student id hmpa tu... then akan keluaq la
slip n cara2 hampa nk buat pembayaran dll.... ikut ja arahan tersebut.

Berkhidmat Untuk Negara
Thanks For Watching :-)

Sunday, February 19, 2012

Ciri-ciri Wanita Cantik Yang Perlu Wanita Ikuti

Muslimah solehah Ciri ciri Wanita Cantik Yang Perlu Wanita Ikuti



1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

P/S: Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang. Cantik itu subjektif!
Sumber Ciri-ciri Wanita Cantik Yang Perlu Wanita Ikuti : http://mediaserius.com/
SIla like Ciri-ciri Wanita Cantik Yang Perlu Wanita Ikuti

by : Aini Natasya